Saturday, July 31, 2010

Minggu 3 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Bersua kembali dalam ruangan ini, pembelajaran pada minggu ini mengenai 3 perkara utama dalam muzik tradisional Malaysia iaitu kaedah klasifikasi, kategori dan ciri-ciri muzik tradisional Malaysia. Pembelajaran pada minggu ini telah membuka mata saya mengenai keunikan dan keindahan tentang muzik tradisional yang telah lama wujud selama ini. Syabas dan tahniah serta terima kasih kepada En. Amran kerana telah memberikan pengisian dan penambahan ilmu yang lebih terperinci serta terlalu banyak benda baru yang kami pelajari pada minggu ini kepada saya dan rakan-rakan yang lain.
Seterusnya, seperti yang sedia maklum pengisian terbaru banyak di pelajari pada minggu ini antaranya perspektif adaptasi dan idiosinkretik. Adaptational bermaksud penyesuaian yang bersifat berorganik manakala Idiosyncratic bermaksud cara atau gaya yang tersendiri dan sulit. Penerangan tentang muzik juga boleh atau di kaitkan dengan penggunaan istilah sains seperti fisiologi, berorganik dan sebagainya. Tambahan lagi, pembelajaran diteruskan dengan klasifikasi contoh-contoh dan asal usul alat muzik mengikut perspektif adaptasi dan idiosinkretik. Penerangan yang lebih jelas lagi di berikan oleh En.Amran kepada kami dan tontonan video-video yang begitu mengasyikkan menambahkan minat terhadap pembelajarn ini.
Selain itu, apa yang telah saya pelajari pada minggu ini?adalah klasifikasi alat muzik mengikut budaya muzik iaitu Cina, India dan Barat. Justeru, penerangan di berikan dengan lebih terperinci lagi dengan penerangan tentang klsifikasi alat muzik Barat mengikut kategori perkusi. tiupan dan bertali.
Pengisian pembelajaran mengenai ciri-ciri utama dalam muzik tradisional di bahagikan kepada dua iaitu tradisi besar dan kecil serta dikembangkan lagi dengan enam elemen utama ciri-ciri tersebut iaitu bentuk seni lakon utama, bentuk tarian utama, ensemble genderang, vokal dan instrumental solo, ensemble sosial popular dan ensemble lain. Keenam-enam ciri-ciri telah dijelaskan dan di berikan dengan lebih terperinci lagi oleh En.Amran.
Kesimpulannya, keseluruhan pembelajaran pada minggu ini mempunyai banyak pengisian yang baru dan berilmiah. Tontonan video, penjelasan dan penerangan yang amat menarik. Terima kasih.



*** Seni itu adalah satu penghargaan dan pengiktirafan***

2 comments:

Marlin on August 2, 2010 at 2:41 AM said...

Refleksi yang menarik dari anda. Saya sangat tertarik dengan tajuk klasifikasi alat muzik. Sebelum ini saya hanya tahu mengklasifikasikan alat-alat muzik barat tetapi kini saya telah mempelajari klasifikasi bagi alat muzik tradisional pula. Pengetahuan ini sangat penting apatah lagi kepada kita yang bergelar bakal pendidik.

SMP2252 bissmi attiah on August 7, 2010 at 7:14 PM said...

terima kasih

Post a Comment

 

blog pelajar kumpulan A

blog pelajar kumpulan B

blog pelajar kumpulan C

smp2252 bissmiattiah Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template