Thursday, October 28, 2010

Minggu 14 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum w.b.t.

Kesedihan pasti menyelubungi setiap sanubari rakan-rakan semua termasuklah saya kerana pada minggu ini merupakan kuliah yang terakhir telah di sampaikan oleh En.Amran. Pada permulaan kelas kami semua telah mengadakan sesi bergambar sebagai kenangan dan kuliah di teruskan seperti biasa dengan tajuk Tarian Singa serta kuliah ini mengenai tajuk ini berjalan hanya selama setengah jam namun terdapat penambahan input ilmu pengetahuan lagi walaupun kuliah hanya sekejap.

Walaubagaimanapun, saya tidak ingin memberi komen mengenai kuliah pada minggu ini tetapi saya ingin memberi sedikit komen mengenai keseluruhan minggu kuliah, blog-blog yang di buat dan serba sedikit komen mengenai subjek ini. Pada permulaan kuliah ini, saya begitu tertekan kerana semua rakan-rakan saya telah berjaya membuat blog masing-masing tetapi saya tidak dapat buat lagi blog ini namun hasil pertolongan dari rakan saya akhirnya berjaya juga blog ini di cipta. Sebelum ini saya pernah mendengar mengenai blog dan suka membaca coretan kawan-kawan dalam blog mereka tetapi apabila hendak membuatnya begitu susah sekali.

Apabila blog sudah di cipta wujud pula masalah bagaimana blog ini hendak di gunakan. Beberapa minggu awal penggunaan blog ini saya begitu tertekan lagi kerana perlu buat jurnal lagi, jawab soalan lagi sedangkan saya tidak cekap sangat menggunakan blog ini. Namun, semua masalah dapat di atasi apabila pertengahan minggu kuliah kerana saya dapat menggunakan blog ini dengan baik sedikit.Hehheee. Hal ini merupakan satu proses pembelajaran yang sangat berguna kepada saya dan saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan yang berlipat ganda. Saya menganggap dengan cara ini proses pembelajaran menjadi lebih teratur dan bersistematik. Seterusnya, daripada tiada blog kini saya sudah mempunyai blog dan pepatah mengatakan biarlah bersusah dahulu baru bersenang kemudian.

Selain itu, bagi setiap pembentangan perlu wujudkan blog kumpulan masing-masing. Bertambah kesusahan lagi kerana saya tidak pandai mewujudkan blog ini tetapi hasil pertolongan En.Amran dan rakan-rakan blog kumpulan kami dapat dibuat. Namun sampai ke hari ini blog kumpulan masih mempunyai masalah kerana minggu - minggu terakhir begini banyak bertindan dengan tugasan-tugasan yang perlu di hantar dan saya juga tidak berapa cekap dalam membuat dan menggunakan blog ini. Namun, blog kumpulan ini masih dalam proses separuh siap dengan bantuan rakan-rakan yang lain.

Seterusnya, pembelajaran kuliah yang di adakan pada setiap minggu memberikan input yang cukup baik kepada saya dan rakan-rakan tetapi pada permulaan minggu kuliah saya tidak begitu jelas dengan skop pembelajaran yang ingin di sampaikan. Hal ini membuatkan saya keliru sedikit mengenai subjek ini namun setelah beberapa minggu kuliah ini di adakan saya dapat menumpukan dan menerima apa yang ingin di sampaikan serta terlalu banyak input cabang ilmu yang telah diperkenalkan, di terokai dan di ketahui dengan terperinci lagi dengan di tambah oleh penggunaan blog. Pembelajaran seperti ini sangat bagus walaupun pada permulaannya saya menghadapi sedikit masalah, biasalah baru hendak belajar benda baru mesti melalui sedikit kesusahannya. Walau apa pun, intipati kuliah ini sangat bagus dan bersistematik.

Kelebihan wujudnya blog, saya dapat bertukar-tukar pendapat dengan kawan, pensyarah sendiri, memerlukan skill kemahiran berfikir dan dapat mempelajari sesuatu yang baharu. Nota-nota, pembentangan dan menjawab soalan di buat melalui blog. Oleh itu, bagi saya penggunaan ICT melalui blog ini sangat menakjubkan dan teknik sebegini boleh di gunakan oleh para guru untuk tujuan pembelajaran yang baharu. Selain itu, penggunaan blog ini juga kita boleh berinteraksi dan meluahkan pendapat, bertanya soalan serta sebagainya.

Kesimpulannya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada En.Amran yang telah memberikan jutaan ilmu yang tidak terkira dan bantuan kepada saya dan rakan-rakan yang lain. Selian itu, terima kasih kepada kawan-kawan juga yang telah banyak membantu dalam menyiapkan blog saya ini. Salam perpisahan semua....arioss
Teruskan Membaca...

Minggu 12 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera semua.Saya teruskan dengan refleksi pada minggu ini, pembentangan di teruskan lagi dengan kumpulan saya dan satu lagi kumpulan yang telah membentangkan tajuk Muzik Opera China. Manakala, kumpulan saya dan rakan-rakan yang lain telah membentangkan tajuk Muzik Tradisional Sabah dan Sarawak. Kedua-duanya merupakan tajuk yang sangat susah kerana memerlukan kedua-dua kumpulan mencari keseluruhan subtopik yang diperlukan.

Saya teruskan dengan refleksi mengenai kumpulan yang satu lagi iaitu membentangkan tajuk Muzik opera China. Secara keseluruhannya, input maklumat yang di berikan oleh mereka begitu memberangsangkan dan terkini serta persembahan pembentangan yang di tonjolkan oleh setiap ahli kumpulan tersebut begitu berkeyakinan dan mantap sekali daripada pembentangan sebelum ini. Walaupun sebelum ini saya hanya tahu tajuk Opera China sahaja dan tidak mengetahui secara keseluruhan intipati mengenai Opera china yang lebih mendalam. Oleh itu, pada pembelajaran minggu ini saya telah mengetahui begitu banyak mengenai Muzik Opera China dengan lebih terperinci lagi dan persediaan yang cukup rapi mereka telah membentangkan Opera China ini dengan begitu baik sekali.

Seterusnya, saya dapat mengetahui bagaimana cara Opera China di persembahkan, keunikan, keaslian yang terdapat dalam Opera China ini. Selain itu, saya juga dapat mengetahui setiap apa yang yang di pentaskan dalam Muzik Opera China ini mempunyai watak-watak yang tersendiri dan unik serta pakaian yang di gunakan oleh pelakon juga terdapat identiti yang tersendiri.

Selain itu, kumpulan saya dan rakan-rakan telah membentangkan tajuk Muzik Tradisional Sabah dan Sarawak. Keseluruhannya, intipati maklumat yang di sampaikan oleh kumpulan kami tidak begitu menyeluruh kerana masih banyak maklumat yang di perlukan tidak di persembahkan.

Kesimpulannya, pada minggu ini telah selesai semua pembentangan dan syabas di ucapka kepada semua rakan-rakan.
Teruskan Membaca...

Tuesday, October 5, 2010

Minggu 11:Jurnal Refleksi

Bismillahirrahmanirrahim…..

Assalamualaikum w.b.t. dan salam semua…

Pada hari ini, pembentangan di teruskan lagi dengan sebuah kumpulan dengan tajuk Ghazal. Pembelajaran pembentangan pada hari ini cukup menghiburkan, berilmu dengan input-input maklumat mengenai muzik Ghazal. Tahniah di ucapkan kepada kumpulan ini kerana mempersembahkan satu pembentangan yang cukup menarik sekali. Seperti yang sedia maklum kita semua sudah mendengar perkataan GHAZAL atau mengetahui serba sedikit mengenai muzik Ghazal namun pada hari ini dengan persembahan pembentangan yang di berikan telah merefresh semula tentang sejarah , kesenian, struktur-struktur dan jenis-jenis Ghazal yang terdapat di Malaysia.

Namun begitu, di sini saya ingin memfokuskan sedikit sebanyak refleksi tentang dua jenis Ghazal yang begitu di kenali terdapat di Malaysia. Dua jenis Ghazal tersebut adalah Ghazal Johor dan Ghazal Parti. Dewasa ini, Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri johor yang sangat popular. Pada peringkat permulaannya, seni muzik ghazal ini di sebut sebagai qamat yang bererti nyanyian dan beriuh rendah serta Ghazal ini dikatakan berasal dari Tanah Arab.

Terdapat dua jenis Ghazal iaitu Ghazal Johor dan Ghazal Parti:

1.Ghazal Johor:

merupakan ghazal yang terdapat di Johor hanya menggabungkan muzik dan lagu sahaja. Ghazal Johor melalui proses penjelajahan seni ghazal yang sangat panjang dan mengambil masa yang lama iaitu bermula dari tanah Arab sehinggalah ke zaman Pak Lomak. Pak Lomak merupakan cucu Datuk Betara Luar. Pak Lomak merupakan seorang yang mendalami muzik ghazal dengan begitu mendalam sekali.

2.Ghazal Parti:

merupakan sebuah persembahan yang menggabungkan muzik, lagu, lawak dan tarian serta terkenal di Utara Malaysia terutamanya di Pulau Pinang. Gaya bahasa yang digunakan cenderung kepada dialek utara iaitu dialek Kedah dan Pulau Pinang.

Perbezaan kedua-dua Ghazal ini ialah dari segi penambahan dan penggunaan alat muzik dalam ghazal Parti. Selain itu, ghazal Parti ada lawak dan penari tetapi Ghazal Johor tiada penari dan pelawak.

Kesimpulannya, begitu banyak input-input yang berguna dan informasi terbaru saya perolehi hasil daripada pembelajaran yang di perolehi pada minggu ini. Syabas di ucapkan kepada kumpulan yang telah membentangkan tajuk Ghazal ini. Salam.....

Teruskan Membaca...

Monday, October 4, 2010

Minggu 10 : Jurnal Refleksi

Bismillahirahmanirrahim…

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Umumnya di ketahui pada minggu lepas dua buah kumpulan telah membentangkan tajuk masing – masing iaitu Muzik Klasik India dan Muzik Orang Asli. Tahniah di ucapkan kepada semua ahli-ahli dari kedua-dua buah kumpulan kerana telah mempersembahkan pembentangan mereka dengan begitu baik sekali. Syabas di ucapkan kepada semua pembentang kerana telah mengutarakan maklumat-maklumat yang belum di ketahui dan di pelajari oleh saya dan rakan-rakan yang lain.

Pembelajaran pada minggu lepas telah membuka mata saya terhadap keunikan dan keaslian mengenai dunia muzik India dan muzik Orang Asli. Sebelum ini saya tidak banyak mengetahui dan kurang di dedahkan terutamanya dengan muzik Orang Asli. Walaupun saya telah mengetahui serba sedikit tentang muzik India namun dengan sesi pembentangan yang lebih berinformasi dan cukup mendalam telah menambahkan lagi tentang muzik India.

Seterusnya, saya begitu teruja dengan muzik Sewang iaitu muzik ini yang begitu popular dalam kalangan golongan Orang Asli. Walaupun kebanyakan Orang Asli tinggal dalam hutan namun mereka masih dan mempunyai minat dengan muzik. Walaupun muzik Sewang terdapat unsur animisme namun muzik ini boleh di ketengahkan lagi. Hal ini kerana muzik ini begitu unik dan mempunyai keaslian yang tersendiri.

Selain itu, serba sedikit refleksi mengenai muzik Klasik India. Umumnya semua sudah mengetahui kehebatan, keunikan dan keaslian yang di tonjolkan dalam muzik India. Muzik Klasik India begitu popular di seluruh dunia dengan keunikan yang terdapat dengan muzik mereka. Rhythm, melodi dan feel yang lahir dalam jiwa pemain muzik mereka begitu mengkagumkan. Muzik India di Malaysia juga tidak kurang hebatnya kerana muzik di sini berasal dari negeri India juga. Tempo dan form muzik India tidak boleh di kenalpasti sangat kerana mereka bermain muzik mengikut feel mereka iaitu mereka menjiwai sesuatu muzik tersebut. Di sebabkan itulah muzik India mendapat sanjugan di peringkat dunia dan sangat di hormati.

Sebagai kesimpulannya, keseluruhan hasil pembentangan pada minggu lepas oleh kedua-dua buah kumpulan cukup mantap dan baik sekali. Input-input maklumat yang di ketengahkan begitu menarik dan sangat mendalam. Syabas di ucapkan kepada kedua-dua buah kumpulan.

Teruskan Membaca...

Wednesday, September 22, 2010

MINGGU 9 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum dan salam perpaduan semua.....

Bersua kembali dalam ruangan coretan penulisan jurnal setelah bercuti selama beberapa minggu. Pada minggu ini pembentangan di teruskan lagi dengan dua kumpulan yang telah membentangkan tajuk masing-masing iaitu Muzik Ghazal dan Opera China. Tanpa membuang masa saya teruskan dengan serba sedikit penambahan bahan mengenai muzik Ghazal dan Opera China.

MUZIK GHAZAL

Terlebih dahulu saya ingin menerangkan serba sedikit penambahan bahan tentang muzik Ghazal yang saya ketahui dan temui. Saya mulakan dengan sedikit penerangan tentang sejarah muzik Ghazal. Muzik Ghazal juga dikatakan berasal dari Tanah Arab yang berkembang pesat di sekitar abad ke-8. Perkataan Ghazal di pinjam daripada perkataan Arab yang bermasud puisi kasih. Dari Tanah Arab Ghazal berkembang ke Parsi, Turki, India dan beberapa tempat lain termasuklah Malaysia. Pada asalnya, irama Ghazal hanya berkembang di istana-istana Riau-Lingga sahaja dan merupaka n persembahan utama dalam majlis-majlis keramaian diraja atau pesta-pesta negara. Namun, pada masa kini, Ghazal Melayu lebih di kenali sebagai Ghazal Johor. Seterusnya, pada peringkat permulaannya Ghazal di kenali sebagai "gamat" yang bermaksud riuh rendah dan merupakan sejenis puisi Arab yang berbentuk percintaan.

Dua kumpulan Ghazal yang terdapat di Malaysia dan alat iringannya iaitu:
1. Ghazal Johor ( Selatan Tanah Air)
- Gambus, Violin, Harmonium, Gitar, Tabla, Mandolin, Jidur(duff) dan tamborin/marakas
2. Ghazal Pati ( Utara Tanah Air)
- Gambus, Accordian, Gitar, Mandolin, Flute, Bonggo/drum/conga, Tamborin/marakas, Double Bass/ Bass Elektrik dan Keyboard.

Selain itu, terdapat juga Ghazal Arab yang di kenali sebagai Ghazal Samrah/Arab dan alat iringannya seperti Accordian, Gambus, Mamas (gendang dua muka), Dop (gendang besar) dan Bonggo.

MUZIK OPERA CHINA

Saya teruskan dengan serba sedikit ringkasan refleksi penjelasan tentang muzik opera China. Opera ialah teater muzikal di mana keseluruhan pementasannya di sampaikan dalam bentuk nyanyian dan lagu. Opera bermula di Itali pada sekitar tahun 1600 dan kebiasaannya di hubungkaitkan dengan muzik klasikal tradisi Eropah ataupun di kenali sebagai muzik barat. Opera menggunakan unsur-unsur teater percakapan seperti pemandangan ( untuk pentas dan latar belakangnya ), manakala kostum yang bersesuaian dengan tajuk opera dan juga seni lakonan tersebut.

Dalam muzik opera Cina juga menggunakan unsur-unsur yang di nyatakan seperti di atas seperti penggunaan nyanyian/vokal, lakonan, lagu, muzik dan di pentaskan. Selain itu, pakaian opera Cina juga menggunakan kostum mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, salah satu opera China yang sangat terkenal ialah Opera Beijing atau opera Peking (Jingju) merupakan satu bentuk teater Cina tradisional yang menggabungkan muzik, persembahan nyanyian, mimos, tarian dan akrobatik. Bermula pada lewat abad ke-18 dan berkembang pada pertengahan abad ke-19. Bentuk opera ini sangat masyhur di halaman Wangsa Qing dan di anggap sebagai salah satu harta kebudayaan China.

Jenis-jenis opera Cina:
-opera Beijing,
-opera Henan
-opera puxian
-dan lain-lain

Watak-watak yang terdapat dalam opera Beijing antaranya ialah:
-Lelaki (Sheng)
-Wanita (Dan)
-Jing (lelaki yang di lukis mukanya)
-Lelaki pelawak (Chou)

Antara alat-alat muzik yang di gunakan bagi mengiringi opera tersebut adalah seperti:
-jinghu
-biola
-erhu
-pipa
-gong
-lain-lain

Kesimpulannya, hasil pembelajaran pada minggu ini saya dapat mengetahui lebih banyak pengetahuan maklumat, kelebihan, keindahan kesenian di sebalik muzik Ghazal dan opera China.




Teruskan Membaca...

Sunday, September 5, 2010

Minggu 8 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan Salam Lebaran semua....
Bismillahirahmanirrahim, terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana masih memberi peluang kepada saya berceloteh di dalam ruangan ini. Seperti yang sedia maklum saya teruskan kepada rumusan pembelajaran saya pada minggu ini. Satu lagi kumpulan telah membentangkan hasil kerja mereka dengan begitu menarik sekali, ahli-ahli dalam kumpulan ini telah menggelarkan nama kumpulan mereka iaitu MINDA. Pembentangan yang cukup menghiburkan, berkeyakinan, menarik dan penuh dengan maklumat yang berinformasi serta terkini telah di tonjolkan oleh kesemua ahli-ahli kumpulan MINDA. Syabas dan tahniah di ucapkan kepada mereka.
MENORA merupakan tajuk yang telah di bentangkan oleh kumpulan MINDA. Secara umumnya, saya belum pernah mengetahui, mendengar dan memperkatakan apa itu MENORA sebelum ini. Namun, hasil pembelajaran pada minggu ini saya telah mempelajari sesuatu yang baharu iaitu dari permulaan tajuk MENORA itu sendiri, asal usul , penggiat, cerita dan watak yang terdapat dalam MENORA, busana, alat muzik, jenis tarian dan lagu MENORA secara lebih terperinci lagi. Selain itu, di paparkan juga beberapa tontonan video dan gambar mengenai MENORA. Pelbagai maklumat informasi yang menarik dan baharu telah saya pelajari dalam hasil pembelajaran dalam kelas pada minggu ini.
Antara beberapa maklumat berinformasi baharu yang saya pelajari mengenai MENORA ialah MENORA juga tergolong dalam bentuk drama tari, terdapat 12 buah cerita asal, berasal dari Songkla, Thailand namun terdapat fakta yang menarik iaitu Thailand kini banyak meniru MENORA negeri Kelantan. Selain itu, MENORA juga mempunyai cerita dan watak antaranya watak lelaki iaitu watak utama Perwira, Srikandi dan Tok perang-pelawak dan kadang-kadang lebih dari seorang, terdapat juga watak perempuan oleh lelaki berambut panjang dan watak watak lain. Di samping itu, terdapat juga beberapa jenis gerak tarian dan lagu dalam MENORA ini seperti Gerak Tari Masuk. Penerangan mengenai kecopong dan busana yang di gunakan di dalam muzik MENORA di jelaskan dengan lebih terperinci lagi.
Kesimpulannya, pada pengakhiran pembentangan kumpulan MINDA telah mempersembahkan satu lakonan mengenai keseluruhan MENORA. Dengan lakonan yang telah di persembahkan membuatkan saya lebih memahami isi cerita dalam MENORA tersebut. Syabas dan tahniah sekali lagi di ucapkan kepada mereka di atas pembentangan dan lakonan yang di persembahkan.
### SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN ###
Teruskan Membaca...

Saturday, August 28, 2010

Minggu 7 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum wbt dan salam kemerdekaan semua....


Bersua kembali dalam ruangan yang memberi peluang kepada saya untuk mencoret sedikit sebanyak tentang pembelajaran pada minggu ini. Namun, sedikit pembaharuan berlaku pada minggu ini dan mungkin berlanjutan ke minggu seterusnya iaitu terdapat sesi pembentangan. Pada minggu ini, dua buah kumpulan telah membentang hasil kerja mereka dengan begitu menarik sekali. Hasil pembentangan daripada kedua-dua buah kumpulan sangat menarik, penyampaian yang penuh berkeyakinan telah di tonjolkan oleh kesemua rakan-rakan yang terlibat dengan pembentangan tersebut dan pengisian ilmu yang penuh berinformasi telah di lontarkan oleh mereka. Syabas semua.....

Seperti yang sedia maklum, terdapat dua buah kumpulan pembentangan iaitu kumpulan pertama telah membentangkan tentang Sejarah Muzik Tradiosional Malaysia manakala pembentangan kumpulan kedua adalah mengenai Zikir, tajuk yang begitu menarik. Terlebih dahulu saya coretkan sedikit tentang pembentangan bagi kumpulan pertama.

SEJARAH MUZIK TRADISIONAL MALAYSIA

Pembentangan bagi tajuk ini terbahagi kepada beberapa elemen utama iaitu objektif, pengenalan, sejarah muzik tradisional Malaysia, pengaruh India China / Timur Tengah / Barat dan Kepulauan Melayu Lama. Pada permulaan pembentangan di jelas tentang mengenai objektif Sejarah Muzik Tradisional Malaysia iaitu mengetahui konsep dan sejarah perlu muzik tradisional di Malaysia dan menyenaraikan untuk alat-alat muzik daripada pengaruh luar. Seterusnya, pengenalan di terangkan lagi yang merangkumi tiga aspek tahap perkembangan iaitu Barat, Dunia Melayu Lama, Thailand dan sebagainya.


Pembentangan di teruskan kepada topik utama iaitu sejarah muzik tradisional Malaysia. Dalam subtopik ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu mengenai pergerakan manusia dan sosiobudaya, pengkelasan alat-alat muzik mengikut jenisnya seperti Rebab dalam keluarga kordofon dan dan penerangan tentang alat muzik tamadun purba. Selain itu, pengaruh dari India, China dan sebagainya di kelaskan kepada beberapa faktor iaitu faktor perdagangan, faktor tolakan dan tarikan, peyebaran agama dan pengaruh Islam. Sebagai kesimpulan, pembentangan kumpulan ini begitu menarik dengan pelbagai ilmu yang berinformasi dan berilmiah di berikan, tontonan video yang menghiburkan. Tahniah dan syabas semua....

ZIKIR

Saya teruskan kepada kumpulan kedua, pada permulaan pembentangan mereka telah menunukkan beberapa tontonan video yang menusuk jiwa dan penuh dengan keIslaman. Satu tajuk pembentangan yang unik dan jarang di lakukan. Pembentangan bagi kumpulan ini terbahagi kepada empat topik utama iaitu sejarah dan pengertian Zikir, pengaruh dari sudut agama, upacara yang melibatkan Zikir dan muzikal dalam kategori Zikir. Secara umumnya, sebagai umat Islam kita seharusnya telah mengetahui pengertian Zikir, namun di sini saya terangkan iaitu mengenai jenis zikir yang terbahagi kepada dua iaitu Zikir Qalbi membawa erti mengingat mengikut hati dan Zikir Lisan pula bererti mengingat mengikut akal melalui lidah.

Selain itu, penjelasan dalam pembentangan juga di sertakan dengan pendapat beberapa tokoh Islam. Seterusnya, di jelaskan mengenai sejarah Zikir yang terbahagi kepada dua iaitu Tarikat Ahmadiyah seperti untuk zikir selawat, dan isghtifar manakala Tarikat Nasadiyah yang membawa maksud ukiran atau ikatan. Tambahan lagi, upacara yang melibatkan zikir ialah dalam majlis tahlil, majlis-majlis rasmi dan sebagainya kesesuaian keadaan. Akhir sekali mengenai zikir mengikut muzikal.

Secara kesimpulanya, hasil pembentangan kedua-dua begitu menyerlah dan menarik sekali. Setiap penghabisan pembentangan soalan akan di ajukan bagi memantap pengetahuan kami sebagai pendengar. Syabas kepada rakan -rakan pembentang.....pembentangan yang bagus...

Wassalam.....
Teruskan Membaca...
 

blog pelajar kumpulan A

blog pelajar kumpulan B

blog pelajar kumpulan C

smp2252 bissmiattiah Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template