Tuesday, October 5, 2010

Minggu 11:Jurnal Refleksi

Bismillahirrahmanirrahim…..

Assalamualaikum w.b.t. dan salam semua…

Pada hari ini, pembentangan di teruskan lagi dengan sebuah kumpulan dengan tajuk Ghazal. Pembelajaran pembentangan pada hari ini cukup menghiburkan, berilmu dengan input-input maklumat mengenai muzik Ghazal. Tahniah di ucapkan kepada kumpulan ini kerana mempersembahkan satu pembentangan yang cukup menarik sekali. Seperti yang sedia maklum kita semua sudah mendengar perkataan GHAZAL atau mengetahui serba sedikit mengenai muzik Ghazal namun pada hari ini dengan persembahan pembentangan yang di berikan telah merefresh semula tentang sejarah , kesenian, struktur-struktur dan jenis-jenis Ghazal yang terdapat di Malaysia.

Namun begitu, di sini saya ingin memfokuskan sedikit sebanyak refleksi tentang dua jenis Ghazal yang begitu di kenali terdapat di Malaysia. Dua jenis Ghazal tersebut adalah Ghazal Johor dan Ghazal Parti. Dewasa ini, Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri johor yang sangat popular. Pada peringkat permulaannya, seni muzik ghazal ini di sebut sebagai qamat yang bererti nyanyian dan beriuh rendah serta Ghazal ini dikatakan berasal dari Tanah Arab.

Terdapat dua jenis Ghazal iaitu Ghazal Johor dan Ghazal Parti:

1.Ghazal Johor:

merupakan ghazal yang terdapat di Johor hanya menggabungkan muzik dan lagu sahaja. Ghazal Johor melalui proses penjelajahan seni ghazal yang sangat panjang dan mengambil masa yang lama iaitu bermula dari tanah Arab sehinggalah ke zaman Pak Lomak. Pak Lomak merupakan cucu Datuk Betara Luar. Pak Lomak merupakan seorang yang mendalami muzik ghazal dengan begitu mendalam sekali.

2.Ghazal Parti:

merupakan sebuah persembahan yang menggabungkan muzik, lagu, lawak dan tarian serta terkenal di Utara Malaysia terutamanya di Pulau Pinang. Gaya bahasa yang digunakan cenderung kepada dialek utara iaitu dialek Kedah dan Pulau Pinang.

Perbezaan kedua-dua Ghazal ini ialah dari segi penambahan dan penggunaan alat muzik dalam ghazal Parti. Selain itu, ghazal Parti ada lawak dan penari tetapi Ghazal Johor tiada penari dan pelawak.

Kesimpulannya, begitu banyak input-input yang berguna dan informasi terbaru saya perolehi hasil daripada pembelajaran yang di perolehi pada minggu ini. Syabas di ucapkan kepada kumpulan yang telah membentangkan tajuk Ghazal ini. Salam.....

1 comments:

~cikshue~ on October 28, 2010 at 10:56 AM said...

kupasan yang menarik... sertakan pautan video yang berkaitan bagi menambahkan pemahaman pembaca...tahniah=)

Post a Comment

 

blog pelajar kumpulan A

blog pelajar kumpulan B

blog pelajar kumpulan C

smp2252 bissmiattiah Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template