Thursday, October 28, 2010

Minggu 12 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera semua.Saya teruskan dengan refleksi pada minggu ini, pembentangan di teruskan lagi dengan kumpulan saya dan satu lagi kumpulan yang telah membentangkan tajuk Muzik Opera China. Manakala, kumpulan saya dan rakan-rakan yang lain telah membentangkan tajuk Muzik Tradisional Sabah dan Sarawak. Kedua-duanya merupakan tajuk yang sangat susah kerana memerlukan kedua-dua kumpulan mencari keseluruhan subtopik yang diperlukan.

Saya teruskan dengan refleksi mengenai kumpulan yang satu lagi iaitu membentangkan tajuk Muzik opera China. Secara keseluruhannya, input maklumat yang di berikan oleh mereka begitu memberangsangkan dan terkini serta persembahan pembentangan yang di tonjolkan oleh setiap ahli kumpulan tersebut begitu berkeyakinan dan mantap sekali daripada pembentangan sebelum ini. Walaupun sebelum ini saya hanya tahu tajuk Opera China sahaja dan tidak mengetahui secara keseluruhan intipati mengenai Opera china yang lebih mendalam. Oleh itu, pada pembelajaran minggu ini saya telah mengetahui begitu banyak mengenai Muzik Opera China dengan lebih terperinci lagi dan persediaan yang cukup rapi mereka telah membentangkan Opera China ini dengan begitu baik sekali.

Seterusnya, saya dapat mengetahui bagaimana cara Opera China di persembahkan, keunikan, keaslian yang terdapat dalam Opera China ini. Selain itu, saya juga dapat mengetahui setiap apa yang yang di pentaskan dalam Muzik Opera China ini mempunyai watak-watak yang tersendiri dan unik serta pakaian yang di gunakan oleh pelakon juga terdapat identiti yang tersendiri.

Selain itu, kumpulan saya dan rakan-rakan telah membentangkan tajuk Muzik Tradisional Sabah dan Sarawak. Keseluruhannya, intipati maklumat yang di sampaikan oleh kumpulan kami tidak begitu menyeluruh kerana masih banyak maklumat yang di perlukan tidak di persembahkan.

Kesimpulannya, pada minggu ini telah selesai semua pembentangan dan syabas di ucapka kepada semua rakan-rakan.

2 comments:

Damiana on October 29, 2010 at 6:03 PM said...

Boleh atau tidak sekiranya orang Melayu yang menjadi pemain dalam opera Cina?

smp2252aisya on October 30, 2010 at 3:16 AM said...

syabas bismi kerana memberi ulasan tersendiri...
saya cuba jawab persoalan sue..
saya rasa orang Melayu dapat jadi pemain opera cina..orang melayu juga ingin mengetahui muzik orang cina

Post a Comment

 

blog pelajar kumpulan A

blog pelajar kumpulan B

blog pelajar kumpulan C

smp2252 bissmiattiah Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template