Sunday, September 5, 2010

Minggu 8 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan Salam Lebaran semua....
Bismillahirahmanirrahim, terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana masih memberi peluang kepada saya berceloteh di dalam ruangan ini. Seperti yang sedia maklum saya teruskan kepada rumusan pembelajaran saya pada minggu ini. Satu lagi kumpulan telah membentangkan hasil kerja mereka dengan begitu menarik sekali, ahli-ahli dalam kumpulan ini telah menggelarkan nama kumpulan mereka iaitu MINDA. Pembentangan yang cukup menghiburkan, berkeyakinan, menarik dan penuh dengan maklumat yang berinformasi serta terkini telah di tonjolkan oleh kesemua ahli-ahli kumpulan MINDA. Syabas dan tahniah di ucapkan kepada mereka.
MENORA merupakan tajuk yang telah di bentangkan oleh kumpulan MINDA. Secara umumnya, saya belum pernah mengetahui, mendengar dan memperkatakan apa itu MENORA sebelum ini. Namun, hasil pembelajaran pada minggu ini saya telah mempelajari sesuatu yang baharu iaitu dari permulaan tajuk MENORA itu sendiri, asal usul , penggiat, cerita dan watak yang terdapat dalam MENORA, busana, alat muzik, jenis tarian dan lagu MENORA secara lebih terperinci lagi. Selain itu, di paparkan juga beberapa tontonan video dan gambar mengenai MENORA. Pelbagai maklumat informasi yang menarik dan baharu telah saya pelajari dalam hasil pembelajaran dalam kelas pada minggu ini.
Antara beberapa maklumat berinformasi baharu yang saya pelajari mengenai MENORA ialah MENORA juga tergolong dalam bentuk drama tari, terdapat 12 buah cerita asal, berasal dari Songkla, Thailand namun terdapat fakta yang menarik iaitu Thailand kini banyak meniru MENORA negeri Kelantan. Selain itu, MENORA juga mempunyai cerita dan watak antaranya watak lelaki iaitu watak utama Perwira, Srikandi dan Tok perang-pelawak dan kadang-kadang lebih dari seorang, terdapat juga watak perempuan oleh lelaki berambut panjang dan watak watak lain. Di samping itu, terdapat juga beberapa jenis gerak tarian dan lagu dalam MENORA ini seperti Gerak Tari Masuk. Penerangan mengenai kecopong dan busana yang di gunakan di dalam muzik MENORA di jelaskan dengan lebih terperinci lagi.
Kesimpulannya, pada pengakhiran pembentangan kumpulan MINDA telah mempersembahkan satu lakonan mengenai keseluruhan MENORA. Dengan lakonan yang telah di persembahkan membuatkan saya lebih memahami isi cerita dalam MENORA tersebut. Syabas dan tahniah sekali lagi di ucapkan kepada mereka di atas pembentangan dan lakonan yang di persembahkan.
### SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN ###

1 comments:

Damiana on October 29, 2010 at 6:05 PM said...

Pembentangan kumpulan tersebut memang menarik kerana disertakan dengan lakonana =)

Post a Comment

 

blog pelajar kumpulan A

blog pelajar kumpulan B

blog pelajar kumpulan C

smp2252 bissmiattiah Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template