Saturday, August 28, 2010

Minggu 7 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum wbt dan salam kemerdekaan semua....


Bersua kembali dalam ruangan yang memberi peluang kepada saya untuk mencoret sedikit sebanyak tentang pembelajaran pada minggu ini. Namun, sedikit pembaharuan berlaku pada minggu ini dan mungkin berlanjutan ke minggu seterusnya iaitu terdapat sesi pembentangan. Pada minggu ini, dua buah kumpulan telah membentang hasil kerja mereka dengan begitu menarik sekali. Hasil pembentangan daripada kedua-dua buah kumpulan sangat menarik, penyampaian yang penuh berkeyakinan telah di tonjolkan oleh kesemua rakan-rakan yang terlibat dengan pembentangan tersebut dan pengisian ilmu yang penuh berinformasi telah di lontarkan oleh mereka. Syabas semua.....

Seperti yang sedia maklum, terdapat dua buah kumpulan pembentangan iaitu kumpulan pertama telah membentangkan tentang Sejarah Muzik Tradiosional Malaysia manakala pembentangan kumpulan kedua adalah mengenai Zikir, tajuk yang begitu menarik. Terlebih dahulu saya coretkan sedikit tentang pembentangan bagi kumpulan pertama.

SEJARAH MUZIK TRADISIONAL MALAYSIA

Pembentangan bagi tajuk ini terbahagi kepada beberapa elemen utama iaitu objektif, pengenalan, sejarah muzik tradisional Malaysia, pengaruh India China / Timur Tengah / Barat dan Kepulauan Melayu Lama. Pada permulaan pembentangan di jelas tentang mengenai objektif Sejarah Muzik Tradisional Malaysia iaitu mengetahui konsep dan sejarah perlu muzik tradisional di Malaysia dan menyenaraikan untuk alat-alat muzik daripada pengaruh luar. Seterusnya, pengenalan di terangkan lagi yang merangkumi tiga aspek tahap perkembangan iaitu Barat, Dunia Melayu Lama, Thailand dan sebagainya.


Pembentangan di teruskan kepada topik utama iaitu sejarah muzik tradisional Malaysia. Dalam subtopik ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu mengenai pergerakan manusia dan sosiobudaya, pengkelasan alat-alat muzik mengikut jenisnya seperti Rebab dalam keluarga kordofon dan dan penerangan tentang alat muzik tamadun purba. Selain itu, pengaruh dari India, China dan sebagainya di kelaskan kepada beberapa faktor iaitu faktor perdagangan, faktor tolakan dan tarikan, peyebaran agama dan pengaruh Islam. Sebagai kesimpulan, pembentangan kumpulan ini begitu menarik dengan pelbagai ilmu yang berinformasi dan berilmiah di berikan, tontonan video yang menghiburkan. Tahniah dan syabas semua....

ZIKIR

Saya teruskan kepada kumpulan kedua, pada permulaan pembentangan mereka telah menunukkan beberapa tontonan video yang menusuk jiwa dan penuh dengan keIslaman. Satu tajuk pembentangan yang unik dan jarang di lakukan. Pembentangan bagi kumpulan ini terbahagi kepada empat topik utama iaitu sejarah dan pengertian Zikir, pengaruh dari sudut agama, upacara yang melibatkan Zikir dan muzikal dalam kategori Zikir. Secara umumnya, sebagai umat Islam kita seharusnya telah mengetahui pengertian Zikir, namun di sini saya terangkan iaitu mengenai jenis zikir yang terbahagi kepada dua iaitu Zikir Qalbi membawa erti mengingat mengikut hati dan Zikir Lisan pula bererti mengingat mengikut akal melalui lidah.

Selain itu, penjelasan dalam pembentangan juga di sertakan dengan pendapat beberapa tokoh Islam. Seterusnya, di jelaskan mengenai sejarah Zikir yang terbahagi kepada dua iaitu Tarikat Ahmadiyah seperti untuk zikir selawat, dan isghtifar manakala Tarikat Nasadiyah yang membawa maksud ukiran atau ikatan. Tambahan lagi, upacara yang melibatkan zikir ialah dalam majlis tahlil, majlis-majlis rasmi dan sebagainya kesesuaian keadaan. Akhir sekali mengenai zikir mengikut muzikal.

Secara kesimpulanya, hasil pembentangan kedua-dua begitu menyerlah dan menarik sekali. Setiap penghabisan pembentangan soalan akan di ajukan bagi memantap pengetahuan kami sebagai pendengar. Syabas kepada rakan -rakan pembentang.....pembentangan yang bagus...

Wassalam.....

0 comments:

Post a Comment

 

blog pelajar kumpulan A

blog pelajar kumpulan B

blog pelajar kumpulan C

smp2252 bissmiattiah Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template