Seperti biasa pada setiap minggu bertemu kembali semua dalam ruangan yang berilmiah ini. Pembelajaran kita semakin hari semakin mengujakan dengan pertambahan pengetahuan yang di berikan oleh En.Amran. Tanpa membuang masa saya teruskan kepada sedikit coretan saya untuk jurnal refleksi kuliah pada minggu ini.
Pembelajaran kuliah pada minggu ini adalah mengenai seni gamelan dan caklempong. Bagi sesetengah pelajar ada yang telah mengetahui tentang gamelan dan caklempong dan ada juga yang belum mengetahui apa itu gamelan dan caklempong? Secara amnya, saya telah mengetahui serba sedikit tentang gamelan dan caklempong khususnya sejarah, jenis-jenis , alat-alat muzik yang di gunakan dalam gamelan dan caklempong. Selain itu, saya juga telah mengetahui serba sedikit juga tentang sistem tonal, melodi, tekstur dan bentuk seni gamelan dan caklempong. Walaubagaimanapun, pembelajaran minggu ini dapat merefresh balik apa yang telah saya ketahui dan pelajari tentang gamelan dan caklempong sebelum ini. Namun, terdapat juga pelajaran baru yang saya pelajari dan ketahui dalam kuliah minggu ini.
Seterusnya, permulaan kuliah minggu ini di mulai dengan tontonan video persembahan gamelan yang sangat mengasyikkan dan mempesonakan. Persembahan gamelan ini di panggil Gamelan Bali yang di gelarkan Gong Repiak. Fokus utama pembelajaran kuliah ini adalah sejarah, jenis-jenis, alat muzik, sistem tonal, bentuk, tekstur dan melodi gamelan dan caklempong. Selain itu, pembelajaran juga di sertakan dengan tontonan gambar-gambar alat-alat muzik , video-video permainan gamelan dan caklempong serta perbandingan antara Gamelan Terengganu dan Gamelan Jawa.
Di samping itu, pembelajaran yang saya pelajari juga adalah mengenai pengenalan Gamelan, sistem talaan, fungsi alat muzik dan gambar-gambar permainan gamelan dengan iringan tarian. Penjelasan lebih mendalam tentang muzik gamelan Jawa dan Terengganu dan perbezaan alat muzik yang di gunakan dalam gamelan Terengganu dan Jawa. Selain itu, penjelasan tentang notasi dan manuskript gamelan juga di terangkan dengan lebih jelas lagi.
Penjelasan dan penerangan tentang caklempong juga telah di terangkan dengan lebih jelas lagi berserta dengan tayangan video-video yang menarik.
Kesimpulannya, pembelajaran dan pengajaran kuliah minggu ini begitu menarik dan terima kasih di ucapkan kepada En. Amran kerana telah memberi penerangan dan penjelasan yang lebih mendalam lagi tentang muzik Gamelan dan Caklempong. Tambahan pula, selingan gambar-gambar dan video-video yang mengasyikkan dan menarik menambahkan lagi keceriaan pembelajaran ini. Apa yang paling menarik pembelajaran pada minggu ini adalah sesi pengenalan dan cara-cara permainan gamelan di ajar terus kepada pelajar-pelajar bukan kursus muzik yang belum pernah mengetahui cara-cara permainan gamelan. Syabas semua dan khususnya kepada En. Amran.Wassalam.....
0 comments:
Post a Comment