Sunday, August 22, 2010

Minggu 6 : jurnal refleksi

Salam semua...


Pembelajaran minggu ini di teruskan lagi dengan kuliah yang meliputi muzik kesenian Makyung dan Kompang. Pembelajaran kuliah semakin hari semakin menarik namun seperti yang di ketahui kebanyakan dari kita sudah mengenali Makyung dan Kompang.

Fokus utama tajuk pembelajaran minggu ini meliputi Makyong dan Kompang yang terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu sejarah, alat muzik dan persembahan serta muzik meliputi tempo, melodi dan rentak.

Tajuk pembelajaran minggu ini kebanyakannya saya sudah pelajari dan ketahuinya sebelum ini. Namun, apabila saya memasuki kelas ini saya dapat mengingati semula apa yang saya telah lupa.

Kuliah minggu ini di mulakan dengan beberapa tontonan video yang sangat menarik dan menghiburkan seterusnya penjelasan diberikan mengenai pengenalan, sejarah, cerita, persembahan, pengkelasan lagu, alat muzik dan beberapa gambar contoh mengenai melodi, tempo makyung dan kompang. Selain itu, pembelajaran juga di sertakan dengan beberapa tontonan gambar kompang dan makyung.

Pelajaran baru minggu ini yang saya perolehi adalah mengenai cara pembuatan kompang dan beberapa istilah baru yang sebelum ini saya tidak pernah dengar. Secara amnya, walaupun saya telah mengetahui serba sedikit tentang makyung dan kompang namun terdapat pelajaran baru yang masih saya perolehi.

Kesimpulannya, pembelaran minggu ini begitu menarik dan mengujakan. Pada pengakhiran kuliah persembahan kompang di lakukan oleh kami dengan di berikan tunjuk ajar oleh En.Amran. Terima kasih Encik di atas tunjuk ajar pada minggu ini.


Teruskan Membaca...

Saturday, August 14, 2010

Minggu 5 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....
Seperti biasa pada setiap minggu bertemu kembali semua dalam ruangan yang berilmiah ini. Pembelajaran kita semakin hari semakin mengujakan dengan pertambahan pengetahuan yang di berikan oleh En.Amran. Tanpa membuang masa saya teruskan kepada sedikit coretan saya untuk jurnal refleksi kuliah pada minggu ini.
Pembelajaran kuliah pada minggu ini adalah mengenai seni gamelan dan caklempong. Bagi sesetengah pelajar ada yang telah mengetahui tentang gamelan dan caklempong dan ada juga yang belum mengetahui apa itu gamelan dan caklempong? Secara amnya, saya telah mengetahui serba sedikit tentang gamelan dan caklempong khususnya sejarah, jenis-jenis , alat-alat muzik yang di gunakan dalam gamelan dan caklempong. Selain itu, saya juga telah mengetahui serba sedikit juga tentang sistem tonal, melodi, tekstur dan bentuk seni gamelan dan caklempong. Walaubagaimanapun, pembelajaran minggu ini dapat merefresh balik apa yang telah saya ketahui dan pelajari tentang gamelan dan caklempong sebelum ini. Namun, terdapat juga pelajaran baru yang saya pelajari dan ketahui dalam kuliah minggu ini.
Seterusnya, permulaan kuliah minggu ini di mulai dengan tontonan video persembahan gamelan yang sangat mengasyikkan dan mempesonakan. Persembahan gamelan ini di panggil Gamelan Bali yang di gelarkan Gong Repiak. Fokus utama pembelajaran kuliah ini adalah sejarah, jenis-jenis, alat muzik, sistem tonal, bentuk, tekstur dan melodi gamelan dan caklempong. Selain itu, pembelajaran juga di sertakan dengan tontonan gambar-gambar alat-alat muzik , video-video permainan gamelan dan caklempong serta perbandingan antara Gamelan Terengganu dan Gamelan Jawa.
Di samping itu, pembelajaran yang saya pelajari juga adalah mengenai pengenalan Gamelan, sistem talaan, fungsi alat muzik dan gambar-gambar permainan gamelan dengan iringan tarian. Penjelasan lebih mendalam tentang muzik gamelan Jawa dan Terengganu dan perbezaan alat muzik yang di gunakan dalam gamelan Terengganu dan Jawa. Selain itu, penjelasan tentang notasi dan manuskript gamelan juga di terangkan dengan lebih jelas lagi.
Penjelasan dan penerangan tentang caklempong juga telah di terangkan dengan lebih jelas lagi berserta dengan tayangan video-video yang menarik.
Kesimpulannya, pembelajaran dan pengajaran kuliah minggu ini begitu menarik dan terima kasih di ucapkan kepada En. Amran kerana telah memberi penerangan dan penjelasan yang lebih mendalam lagi tentang muzik Gamelan dan Caklempong. Tambahan pula, selingan gambar-gambar dan video-video yang mengasyikkan dan menarik menambahkan lagi keceriaan pembelajaran ini. Apa yang paling menarik pembelajaran pada minggu ini adalah sesi pengenalan dan cara-cara permainan gamelan di ajar terus kepada pelajar-pelajar bukan kursus muzik yang belum pernah mengetahui cara-cara permainan gamelan. Syabas semua dan khususnya kepada En. Amran.Wassalam.....

Teruskan Membaca...

Saturday, August 7, 2010

Minggu 4 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum w.b.t. dan salam semua.....
Bertemu kembali di ruangan yang mencetus kefahaman pemikiran kita. Pada minggu ini, pembelajaran di teruskan lagi dengan tajuk yang begitu membangkitkan jiwa kesenian, selain itu memperlihatkan keindahan dan keunikan sesebuah kesenian di tonjolkan melalui alat permainan itu. Tajuk kuliah pada minggu ini adalah "Muzik Wayang Kulit".
Seterusnya, mengenai tajuk pembelajaran pada minggu ini serba sedikit saya telah ketahuinya namun tidak begitu terperinci sangat la. Sejujurnya saya hanya mengenali wayang kulit Kelantan sahaja tetapi tidak begitu mendalam sangat saya mengetahuinya. Rupa-rupanya masih banyak lagi saya tidak mengetahui tentang keunikan, jenis-jenis dan dunia wayang kulit.
Justeru itu, pada kuliah minggu ini banyak pembelajaran yang saya perolehi tentang dunia wayang kulit. Terdapat Banyak keunikan dan keindahan yang terdapat di dalam kesenian wayang kulit ini. Wayang Kulit merangkumi tiga elemen aspek utama iaitu jenis wayang kulit, alat-alat muzik yang di gunakan dalam persembahan wayang kulit dan perbezaan anatara wayang kulit. Pada permulaan En. Amran menerangkan tentang maksud muzik wayang kulit dan pengkelasan muzik wayang terbahagi kepada elemen tertentu iaitu seni muzaik, hikayat, lakunan, pengetahuan agama dan seni lukis. Kelima-lima aspek diperjelaskan dengan lebih lanjut lagi oleh En. Amran.
Seterusnya, pembelajaran yang saya pelajari adalah jenis-jenis wayang kulit yang mempunyai empat jenis wayang utama Wayang Gedek, Wayang Kulit melayu, Wayang Kulit Jawa, dan Wayang Kulit Kelantan. Di dalam penerangan jenis-jenis muzik wayang kulit ini, penjelasan tentang alat-alat muzik juga di terangkan lebih lanjut lagi. Pada pengakhiran kuliah pada minggu ini, diterangkan tentang perbezaan wayang kulit mengikut bentuk patung dan alat muzik yang di gunakan di dalam persembahan wayang kulit.
Kesimpulannya, kuliah pada minggu ini terdapat manfaat dan pengetahuan tentang Wayang Kulit saya perolehi. Penerangan mengenai Wayang Kulit berserta dengan video-video Wayang Kulit sangat menarik dan baik. Terima kasih di atas ilmu yang di curahkan En.Amran terlalu banyak benda baru yang saya pelajari pada setiap minggu.
Teruskan Membaca...

Saturday, July 31, 2010

Minggu 3 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Bersua kembali dalam ruangan ini, pembelajaran pada minggu ini mengenai 3 perkara utama dalam muzik tradisional Malaysia iaitu kaedah klasifikasi, kategori dan ciri-ciri muzik tradisional Malaysia. Pembelajaran pada minggu ini telah membuka mata saya mengenai keunikan dan keindahan tentang muzik tradisional yang telah lama wujud selama ini. Syabas dan tahniah serta terima kasih kepada En. Amran kerana telah memberikan pengisian dan penambahan ilmu yang lebih terperinci serta terlalu banyak benda baru yang kami pelajari pada minggu ini kepada saya dan rakan-rakan yang lain.
Seterusnya, seperti yang sedia maklum pengisian terbaru banyak di pelajari pada minggu ini antaranya perspektif adaptasi dan idiosinkretik. Adaptational bermaksud penyesuaian yang bersifat berorganik manakala Idiosyncratic bermaksud cara atau gaya yang tersendiri dan sulit. Penerangan tentang muzik juga boleh atau di kaitkan dengan penggunaan istilah sains seperti fisiologi, berorganik dan sebagainya. Tambahan lagi, pembelajaran diteruskan dengan klasifikasi contoh-contoh dan asal usul alat muzik mengikut perspektif adaptasi dan idiosinkretik. Penerangan yang lebih jelas lagi di berikan oleh En.Amran kepada kami dan tontonan video-video yang begitu mengasyikkan menambahkan minat terhadap pembelajarn ini.
Selain itu, apa yang telah saya pelajari pada minggu ini?adalah klasifikasi alat muzik mengikut budaya muzik iaitu Cina, India dan Barat. Justeru, penerangan di berikan dengan lebih terperinci lagi dengan penerangan tentang klsifikasi alat muzik Barat mengikut kategori perkusi. tiupan dan bertali.
Pengisian pembelajaran mengenai ciri-ciri utama dalam muzik tradisional di bahagikan kepada dua iaitu tradisi besar dan kecil serta dikembangkan lagi dengan enam elemen utama ciri-ciri tersebut iaitu bentuk seni lakon utama, bentuk tarian utama, ensemble genderang, vokal dan instrumental solo, ensemble sosial popular dan ensemble lain. Keenam-enam ciri-ciri telah dijelaskan dan di berikan dengan lebih terperinci lagi oleh En.Amran.
Kesimpulannya, keseluruhan pembelajaran pada minggu ini mempunyai banyak pengisian yang baru dan berilmiah. Tontonan video, penjelasan dan penerangan yang amat menarik. Terima kasih.



*** Seni itu adalah satu penghargaan dan pengiktirafan***
Teruskan Membaca...

Saturday, July 24, 2010

Minggu 2 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum w.b.t dan salam satu Malaysia....
Pada minggu ke-2 dalam kelas SMP 2252 ini, pembelajaran saya telah pelajari adalah mengenai lima klasifikasi muzik iaitu bermula dengan Soundscape, budaya muzik, sejarah muzik, kategori alat muzik dan konsep dan struktur.
Kemudian, mengenai apa yang telah di pelajari pada minggu ini saya telah mengetahui serba sedikit tentang struktur atau konsep dan kategori alat-alat muzik tradisional tetapi saya dah lupa mengenai semua itu. Apabila saya masuk dalam kelas ini saya dapat refresh balik apa yang telah saya pelajari sebelum ini dan dapat mengetahui tentang perbezaan muzik dan bunyi dengan lebih jelas maksudnya. Namun, terdapat juga sesuatu perkara baru yang saya pelajari pada minggu ini.
Seterusnya, apa yang saya ingin pelajari dalam kelas ini adalah mengenai cara-cara menggunakan alat-alat muzik tradisional secara lebih mendalam dan terperinci lagi. Contohnya, mengenai teknik penggunaan dan bagaimana sesuatu alat muzik itu di persembahkan.
Pada minggu ini, saya telah mempelajari sesuatu yang baru iaitu Soundscape dan perbezaan bunyi dengan muzik. Dulu, saya ingat muzik dan bunyi adalah sesuatu yang sama. Seterusnya, saya dapat mengetahui apa itu Soundscape?, perbezaan sound dan scape, apa itu landscapes dan soundscape? Selain itu, saya dapat mempelajari tentang proses pendengaran bunyi yang boleh menghasilkan muzik dan perbezaan antara muzik dan bunyi serta penggunaan alat tulis juga boleh bunyi dan seterusnya boleh menghasilkan muzik yang begitu unik dan universal melalui video yang di paparkan. Tambahan itu, saya juga dapat pelajari kategori-kategori bunyi, maksud dan komponen budaya muzik dan apa itu muzik?, sejarah muzik di sekitar Kepulauan Melayu dan struktur muzik secara lebih mendalam dan di berikan penjelasan lagi oleh Encik Amran. Seterusnya, mempelajari kategori struktur muzik yang terdiri daripada sub iaitu melodi, ritma/meter, harmoni, bentuk/form, notasi dan ekspresi/tafsir secara lebih terperinci lagi.
Kesimpulannya, saya berharap Encik dapat memperbanyakkan lagi tayangan video pada masa akan datang dan memperjelaskan setiap tajuk dengan lebih terperinci lagi dengan mempersembahkan tayangan video dengan lebih lama. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan menghalalkan di atas ilmu dan pelajaran yang diberikan oleh Encik pada minggu ini.
Teruskan Membaca...

Thursday, July 22, 2010

Nama

Bissmi Attiah Bt. Mohd Zain

No Matriks

D20082033696

Program

Pendidikan Muzik

Kumpulan

C

Semester

Empat(4) / Semester 1 2010/2011

Subjek

SMP 2252 – Muzik Tradisional

Email

bissmizain@gmail.com

Alamat Blog

http://smp2252bissmiattiah.blogspot.com

Negeri Asal

Kelantan

Foto

Teruskan Membaca...
 

blog pelajar kumpulan A

blog pelajar kumpulan B

blog pelajar kumpulan C

smp2252 bissmiattiah Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template